Showing posts with label pertandingan. Show all posts
Showing posts with label pertandingan. Show all posts

Thursday, November 11, 2010

hitam itu mutu keunggulan - Blackberry Torch 9800

hitam manis,
hitam manis,
yang hitam manis,
pandang tak jemu,
pandang tak jemu.

haaa, semua orang pon pernah dengar lagu ni kan. memang hitam itu manis. lebih manis lagi bila hitam itu adalah hitam beri hitam. eh, apa pulak beri hitam tu? alaaaaah, yang budak budak sekarang dok main picit picit tu la. takkan tak tahu kot. oooohhhhhoooi, blackberry kaaa? habaq lah awal awal blackberry. tapi apa kena mengena pulak nak update pasal blackberry kan? aisssh ada kena mengena cik adik, kakak, abang, mokcik, pokcik oi.


sekarang ni celcom tengah bermurah hati untuk memberikan 3 blackberry torch 9800 kepada nuffnangers yang bertuah. 3 bijik woi. siapa nak bagi free free macam tu je. memang tak lah kan. hai, memang beruntunglah badan siapa yang dapat genggam balckberry torch 9800 tu. gila kau tak bertuah, memang handphone bijok cenggini lah yang aku idam idamkan selepas sony ericsson w810i aku buat hal dan makin jahanam.


cuba korang bayangkan tanganku yang gebu lagi montok ini menggenggam blacberry torch 9800. memang kehidupan aku yang lame lagi plain terus bertukar menjadi ceria dan gumbira. CHING!



uuuu...ada style laaaa...



haaa, sekarang nampak apa yang aku nampak? okay, kalau korang tak nampak buat buat ajelah nampak ye. cuba korang tengok betapa besarnya skrin blackberry ni iaitu seluas 3.2 inchi mengalahkan model blacberry yang lain. sangat puas hati untuk melihat. lebih lebih lagi kepada mereka yang sangat gemar untuk online 24jam. *uhuk uhuk aku pon tergolong sekali la ni*. memang puas hati nak online facebook dan menonton video clip kegemaran anda di youtube tanpa perlu mengecil dan membesarkan mata anda pada waktu yang sama. memang sangat jelas terang dan nyata. mata yang rabun pun boleh jadi terang benderang. woohooo! gilemat. memang gile tapi jangan jadi gila.


selain skrin yang luas ia juga menyediakan touch screen seperti iPhone. jadi senang untuk kita touch touch and go. sentuh sentuh tekan. sentuh sentuh tekan. mudahkannnn. wah gituuu. tak perlu susah susah nak skroll facebook's page guna keypad macam model blackberry yang sebelum ni. lahhh, ini aje? uissshhh, mesti la ada lagi. mane boleh ni aje yang buat dia menjadi idaman hati.



sentuh sentuh tekan. yeah. sangat mudah kan.


cuba tengok lagi gambar yang aku dah bagi, nampak kan selain menyediakan touch screen ia juga menyediakan keypad QWERTY. alaa, yang macam keypad laptop dengan desktop korang tu. sama jigak macam model blacberry yang sebelum sebelum ni. kan senang kalau kita taip sms ataupun berfacebook serta bergoogle mencari maklumat penting dengan menggunakan keypad sedemikian. terasa seperti mengakses internet menggunakan laptop dan desktop kan.


maka, tak perlu lagi lah anda nak bersusah susah menekan sesatu keypad sampai sepuluh, lima puluh kali sampai jahanam kan. see, sekarang dah boleh nampak kan speciality nya kalau dibandingkan dengan iPhone yang hanya menyediakan touch screen dan juga model blacberry lain yang menyediakan keypad QWERTY sahaja. jadi memang berbaloi baloi untuk kita mendapatkannya bukan!


okay, sekarang belum cukup yakin lagi blackberry torch 9800 memang berbaloi untuk di miliki dan mampu mengubah hidup anda? mari kita lihat spesifikasinya. aku bagi yang complete punya. KACHING!!





haaa, terbeliak tak terbeliaklah biji mata korang kan setelah tengok full complete sepcification dia. memang aku pon terus terbuntang mata ternganga tak terkata apa. hebat memang hebat! jadi sesiapa yang ada duit lebih lebih tak tahu nak guna apa, marilah beli blackberry torch 9800 yang hitam menawan lagi anggun bergaya ini. lepas berjaya menggenggaminya memang gerenti tak tidur malam seminggu kerana teruja ber'online' menggunakan blackberry torch 9800. *amboi melampau benau ayat*. serius tak rugi punya untuk anda memilikinya.


okay, duit tak cukup nak beli cash sebijik macam ni? takpe, jangan nangis jangan meraung kerana dengan mendaftar pelan celcom exec atau celcom biz, anda mampu memilikinya dengan harga serendah RM 8 pada hari pelancaran blackberry torch 9800 iaitu 29 oktober 2010 pukul 3pm hingga 10pm di Bukit Bintang entrance, Pavilion KL. alamak!! terlepas lah pulak. ahaaa, jangan risau kerana mulai 3 November ini celcom menyediakan pelan pascabayar celcom exec dan celcom biz untuk blackberry torch 9800 yang GilaGempakHebatTakIngatMenawanTertarikMenariklah! tak percaya ke?cuba tengok ni. TING!!


berbaloi-baloi kan. memang berbaloi!


pehh, gila berbaloi dan berpatutan kan. budak sekolah rendah pon mampu memilikinya. aha, memang tipulah kan melainkan bapak budak tu seorang yang kaya raya dan bermurah hati nak membelikan anaknya yang bersekolah rendah sebijik blackberry torch 9800. tapi kalau kita tengok harga bulanan yang di tawarkan memang reasonable dan affordable. sekarang semua orang yang bergaji RM 2000++ sudah boleh menggayakan blackberry torch 9800 yang canggih lagi unggul ditangan anda dengan rasa penuh bangga sambil lubang hidung kembang tak ingat punya.


jadi, apa lagi dapatkannya segera! mesti berbaloi-baloi punya. blackberry torch 9800 FTW!!

*kalau masih tak jelas mengenai pelan pascabayar celcom exec atau celcom biz boleh KLIK SINI.


Tuesday, July 20, 2010

Dini's 4th giveaway


che ahmad hoi hoi hoi. semalam aku dah join contest ray bon. ini hari aku nak join giveaway pulak memandangkan aku tak pernah join apa apa giveaway. mana lah tahu nasib aku baik dan ada rezeki nak dapat kan. ehehehe. mengharap pulak. takpe takpe. aku join sesaja meluangkan masa. okay sudah sudah menceceh. cakap banyak pon tak guna. siapa nak join boleh tekan banner di atas atau DISINI.

sekarang aku nak tag tiga orang dari korang. dan mereka yang bertuah adalah!!!!

tahniah buat mereka yang ditag tetapi bagi mereka yang tak tertag tapi nak join boleh juga. tiada halangan. bagi yang dah ditag nak buat boleh taknak buat pon tak apa. tiada paksaan tiada kerahan tenaga. hehehe. okay selamat mencuba!!!!

Monday, July 19, 2010

contest aku dan raybon



disebabkan aku seorang penganggur yang terlalu banyak masa terluang yang hendak dibuang, aku pon merajinkan diri ini yang pemalas untuk bloghopping. so, terjumpa satu blog yang buat contest. tuan empunya blog ini bernama caer. maka,dengan berbesar hati dan lobang idong aku pon join lah contest ini dengan mempertaruhkan gambar tersebut yang diambil ketika aku praktikal somewhere in subang. hohh time tengah praktikal memang menyempat aku nak snap gambar. gila tak ada kerja sedangkan masa tu memang tengah buat kerja.


tu diaaaa!

boleh klik supaya jadi besar punyaaaa!!

okay sekarang 2orang yang bertuah di tag oleh ku adalah:
aenzam
amelia

untuk maklumat lanjutnya mengenai contest ini anda di alu alukan untuk menekan LINK INI.
kalau rasa nak lagi best tekan dekat banner kat atas tu pon boleh.

*walaupun setiap kali aku masuk contest tak pernah bernasib baik tapi aku tetap tak peduli. kot kot kali ini ada rezeki kan. heheh. macam mintak simpati tak ayat ini? oh sama sekali itu bukan niat aku. :P

Friday, July 2, 2010

siapa lompat dapat hadiah!! waka waka

TADAAA!! terkejut ke tetiba aku post dua entri satu masa dan ada picture orang lompat lompat ni? haaa. jangan terkejut punn. aku cuma masuk contest lompat lompatan punye punn. terima kasih lah pada senah yang menyudikan dirinya untuk mengetag aku dalam contest ini. macam tahu tahu saja punn aku memang suka masuk contest yang melibatkan picture picture ni. tapi ini tak bermaksud yang aku gila bergambar hokayy. hah, celita banyak tiada bergunanya punn. marilah aku tonjolkan gambar yang mempunyai diriku lompat melompat.

ting tang ting tang! ini dia ha!

hadoi blurr pulak. nak besarkan ape lagi klik sajelah!

ha picture ni dekat stadium bukit jalil. ni pintu vvip ni weh. bukan senang senang boleh masuk sini. eceh. padahal entrance vvip je kot. macam ada orang nak heran pon. okay, aku pertaruhkan picture ni sebab inilah lompatan terbaik aku setakat ini. heheh.

seterusnya,diri ini mahu mengetag....jeng jeng jeng. kita tengok siapa yang kena!!!
aen
nurul
amy
jauhar

buat jangan tak buat. kalau nak letak picture ramai ramai pastikan muka aki ada. cess. gila glamour pulak aku. glamour ke? nah ini dia link nya. kepada mereka yang tak tertag pon masih berpeluang menyertainya. jadi jangan risau okayh!

Saturday, April 3, 2010

this is my first art. eceh.

ehem ehem. siang tadi pergi shoe festival. ingat banyak lah jual kasut dengan harga yang tebabow runtuh meletup semua kan. tapi malangnya tak ada benda sangat. jenama kasut pon yang aku tak berapa familiar. mungkin international brand yang orang kayap rayap opps kaya raya je yang pakai kot. aku pakai kasut tiga sepuluh ringgit boleh campur je.

disebabkan tak ada apa kat situ, so amy pon suggest lah aku masuk competition conteng conteng kasut. ehe. actually bukanlah conteng conteng tapi lukis atas kasut putih jazz. mula mula cam malas. akhirnya join juga sebab dipaksa. ceh. jadi ini lah hasil contengan aku yang buruk dan tak menarik sebab orang lain punya gila gempak beb. wa cakap sama lu. tapi gua tak ambik gambar dorang punya lah. sebab kamera bukan ana yang punya tetapi ahmad albab yang punya. hahaha. eeh. salah orang daaa. amy yang punya daa. jadi sudahnya, amy amek gambar karya aku sahaja. ceh karya lah sangat puunnn.

inilah dia karya terulungku. jeng jeng jeng. dup dap dup dap.








*tadi jalan jalan kat situ terjumpa miss bazryana bersama buah hati. patutlah sehat. bahagia rupanya dia. ehe. jangan marah bazz. nanti sepet mata tu. hikks.

*kenapa lain macam je aku punya compose blog ni. tak boleh tengok gambar pon. keluar html code je. nak justify pon tak boleh. haih.

Friday, January 22, 2010

without borders contest

contest lagi? hai cik.peah cakap sibuk tapi ada pulak lah masa kau nak masuk contest ni ye. hehehe. ala, kejap je nak buat entry ni. tak sampai 5 minit pon. lagipun gambar yang di edit dah ada. tinggal pilih jelah dalam folder kat laptop aku kan.

okay okay. masuk ni aku dah tak ingat berapa banyak contest aku join. 4 kot. maaflah ingatan dah sedikit luput. so, siapa siapa yang rasa rasa macam berminat nak join ini contest boleh visit empunya blog ni ek yang diberi nama SI GADIS EDRIENA. tarikh tutup 31 januari 2010. cepat cepat join sebelum terlambat. oh lupa nak bagitahu. contest ni ada 2 part. aku join part 1 sebab lagi mudah. kalau korang nak masuk dua dua part pon boleh. untuk keterangan lanjut boleh lah pergi blog beliau ek. ehe.

ha ini dia gambar yang akan aku pertaruhkan untuk contest kali ni. *ceh ayat dah ala ala masuk pertandingan AJL pulak*


klik untuk menggemok

*okay mode study is switch on. bakal diam untuk beberapa hari.

Sunday, January 3, 2010

Edit Photo Contest

woooahh! gila rajin lah pulak aku sejak dua menjak join contest contest ni. yang ni masuk ketiga. eleh takdelah banyak pon. baru tiga kan. apedaa. hmm, takpelah janji ada join. contest dia pon senang. pilih je gambar gambar yang pernah aku edit sebelum ni. nak edit yang baru malas. hahahaha. kau memang tetap malas cik peah. oh sebelum terlupa sesiapa yang nak join boleh melawat INI BLOG. tarikh tutupnya 20102010. peh gila cantiklah tarikh kan. pandai cik rose kita. ala ala tarikh penting gitu. ngehh. ini dia gambarnya yang telah ku edit. jeng..jeng..jeng..


ini gambar tahun lepas. yang tiup bubble tu aku. kira dalam gambar ni aku yang main character. boleh kan macam ni kan cik rose. heheheh. yang dalam bubble tu aku dan kawan terbaik sampai mati. dorang lah kawan susah senang aku sepanjang aku belajar kat uni aku. memang dorang yang terbaik sebab masing masing kepala gila gila macam aku dan boleh terima apa adanya aku. eceh. ayat memang tak boleh blah. tapi serius aku sayang dorang. muaaaaahhh. love uols lah!! ngeeehh. *duit jpa dah masuk jangan lupa belanja aku. hahaha. main main jek*