Friday, July 9, 2010

superwoman ke superteacher?

apa jadi kalau semua cikgu pergi mengajar pakai kostum?

assalamualaikum dan salam satu malaysia. eceh. tetiba jadi patriotik nak ucapkan salam satu malaysia. so apa yang korang kena jawab bila orang bagi salam satu malaysia? jawab salam satu malaysia jugalah. hah. paham? tapi seriously kelakar bila dengar orang bagi salam satu malaysia. macam dekat sekolah yang aku ajar ni. bila time perhimpunan, guru yang bertugas bagi ucapan mesti ada salam satu malaysia dan bebudak dok jawab salam satu malaysia. sounds funny right? tapi apa boleh buat dah itu menjadi dasar kerajaan kita hari ni kan. ikut kan ajelah.

ekceli aku bukan nak cerita pasal salam satu malaysia ni semua. aku cuma nak cerita pengalaman aku mengajar selama tiga minggu lebih ni. sepatutnya empat minggu setengah. tapi rezeki tak lama dalam arena perguruan ini, maka saya diberhentikan. T^T yup. saya sangat sedih tahu. baru minat nak timbul tapi telah diberhentikan dengan alasan PPD tak cukup wang nak bayar gajiku yang tak seberapa ni. gila pathetic.

okay, abaikan pasal pemberhentian aku. now aku nak cerita apa yang aku dapat sepanjang tiga minggu jadi guru ni. dulu, masa kita jadi pelajar banyak benda yang kita merungut bila cikgu marah kita, cikgu bebel bebel dekat kita. sekarang bila aku pulak yang jadi cikgu baru aku paham kenapa dorang buat macam tu. dulu, masa kita jadi pelajar kita mesti mengeluh kalau cikgu yang ajar kita tu gila boring dan sangat membosankan. sekarang bila aku yang jadi cikgu, baru aku tahu agak susah nak mengajar dan nak bagi dorang berminat dengan apa yang aku ajar. dulu, masa kita jadi pelajar kita tak peduli pon apa yang cikgu kita ajar dekat depan. kita sebok berborak dan main dengan kawan kita. sekarang bila aku jadi cikgu baru aku tahu macam mana rasa bila anak murid kita tak endahkan apa yang kita ajar. kadang kadang aku biarkan aje dorang yang malas nak belajar tuh. gila sakit tekak asyik nak menjerit suruh dorang dengar apa aku ajar.

walau apa pon, aku dah rasa seronok mengajar walaupun sebelum ni mati mati aku taknak jadi cikgu sebab gila tak minat nak ajar orang dan aku rasa . memang kadang kadang aku ada rasa malas nak masuk kelas nak mengajar. tapi bila dah masuk kelas, dah start mengajar rasa malas tu terus hilang dan lenyap apatah lagi bila anak murid aku respon dengan apa yang aku ajar.

sekarang, aku dah jadi penanam anggur semula setelah diberhentikan secara mengejut isnin lepas. gila terkilan sebab aku dah plan nak bergambar dengan anak murid aku semua sebelum aku berhenti pada tarikh yang sepatutnya. ni tak sempat pon nak say good bye dekat anak murid aku. terkilan beb!

hoh, dah macam panjang berjela lah pulak entri aku kali ni. ke sama je dengan sebelum sebelum ni ek? hahaha, lantak lah situ. yang penting aku rasa aku macam nak mengajar lagi. so apa lagi apply kpli or dpli yok!!



2 comments:

aliyah yayaya~ said...

suke ke ngaja?ke suke buddak2 ngendeng kat ko?muahhahaha

cik peah said...

xde maknenye aku nak suke dorang ngendeng kat aku. rimas kot nak layan.