Sunday, June 13, 2010

bermulanya sebuah pengakhiran

okay, i know i'm a bit late. eh bukan a bit pon. tapi memang dah lambat. semua orang dah heboh dekat blog dan facebook masing masing tapi aku baru nak heboh. takpe bak kata orang tua biar lambat asal selamat. nak tahu ke apa yang aku nak hebohkan ni? eh tak payah lah. malu pulak aku. ceh gedik gila. okay okay i tahu uols semua dah tak sabar kan nak tahu.




TADAAAAA!!



alamak macam tak jelas. takpe boleh kelik untuk besar punye!!

lahh. ini je? apa kobondo lah ni kan? cuba korang tengok betol betol. yang dekat bawah sekali nun. yang dalam kotak sebelah tulisan tadaaa tu. haaaa. CATATAN: DIKURNIAKAN IJAZAH. alhamdulillah. setelah hampir 3tahun aku menuntut dalam bidang aku akhirnya aku berjaya mendapat segulung ijazah. terima kasih mak dan abah yang dah banyak berjasa sehingga aku berada di tahap ini. tak lupa juga kepada sahabat handai yang banyak membantu dan sentiasa disisi tak kira senang dan susah. wah wah wah dah macam speech orang menang award pulak.

sebelum aku belah ni ada pesanan dari penaja yang berbunyi begini walaupun tak keluar bunyi tapi korang baca kuat kuat kompom keluarlah bunyi nya. ha macam ni. bukan niat di hati hendak bongkak lagi angkuh dengan ijazah yang dikurniakan cuma sebagai inspirasi kepada mereka yang masih menuntut untuk belajar bersungguh sungguh sehingga berjaya menggenggamnya. tak kira lah walau apa yang dilakukan mestilah lakukan ia sehingga mencapai kejayaan. bak kata pujangga dari cik peah, tak bermakna berjaya memegang segulung ijazah berjaya didalam hidup kerana ia merupakan titik tolak untuk kita terus berusaha mencapai kejayaan demi kejayaan. jyeahhh! semoga berjaya kawan kawan!

*sebenarnya takde kerja. tu pasal hapdet entri cenggini.
** aku tahu perenggan yang terakhir tu memang poyo. tapi apa boleh buat. aku memang poyo. hahaha.

Thursday, June 10, 2010

budak setan yang legend


yo yo yo. apa di atas. apa di atas yaww yaaaw. ini hari gua taknak jadi diva gebuzz sebab gua sudah bertaubat. selamat tinggal dunia pondan. gua sudah berubah menjadi jantan yang gagah lagi perkasa. kelazz kau jantan haa. ooops. maaf. kadang kadang sikap semulajadi kita akan terkeluar walaupun kita cuba sorokkan sedalam dalamnya. betol tak? baik cakap betol sebelum aku hentak lu orang. peh gila ganas ah gua sekarang. kerja nak hentak orang je gua sekarang ni.

ah sudah sudah. inilah akibatnya bila nak dekat sebulan tak hapdet lepastu jadi rajin nak hapdet. wayar sudah putus, fius sudah hancus. ekceli takdelah rajin mana pon. selang sehari baru hapdet. bukan selang sejam dua ke. sebenarnya nak hapdet lagi dari semalam. tapi mood tak marilah. jari malas mahu menari nari di atas keyboard ini lah. so as a result, boleh cek dekat esmp.upm.edu.my. eh eh itu result exam untuk sem lepas lah. apa kau mencarut ni cik peah?

cenggini, al kisah. toyyib. aku dan adik beradikku serta sepupuku pergi menonton wayang bertajuk lagenda budak setan. alah yang orang dok hingaq cakap cerita dia best tu. bagi aku ceritanya tak memuaskan hati aku. sebab aku pernah baca novel dia yang waayyyy better than the film. like seriously? yeah seriously cerita novel yang setebal kamus dewan bahasa tak boleh diadaptasi menjadi sebuah filem. kerana apa saya berkata sedemikian? ini kerana babak yang sepatutnya panjang menjadi pendek dan ciput ciput sahaja. so tak puas. lagi lagi yang membuatkan aku tak puas nak tengok cerita ni sebab dia dok zoom in muka pelakon sorang sorang. dekat gila pulak. naik rimas. aku nak tengok scene yang nampak penuh. taknak nampak muka. maka segala jenis lopak dan bekas bekas jerawat si pelakon jelas terserlah. kesian deme.

tapi apa apa pon aku masih lagi menunggu untuk bahagian kedua. harapnya gaya pengarahannya dan garapan si pengarah lebih berkesan. jadi mr sharad sharan anda boleh berusaha lagi untuk bahagian kedua sekiranya anda masih lagi menjadi pengarahnya. eh apa betul nama direktornya begitu? ah hentam sajalah. ha kepada sesiapa yang cakap best tu memang best cuma mungkin aku lebih suka novelnya berbanding filemnya. setiap orang ada pendapat masing masing kan. okay sekian sahaja dari bilik berita. salam satu malaysia! *kejadah*

*proses penandaan kertas masih belum berjalan. sigh!
*dalam proses untuk mencari novelnya. sesiapa yang ada diharap bermurah hati untuk kasi aku pinjam. eheh


Wednesday, June 9, 2010

bila diva gebuzz kembali! hamboi hamboi hamboi.

hai uols. lama mak tak mengarut ngarut dan mencarut carut dekat blog ni kan. nak dekat sebulan kot. sorilah uols. sejak dua menjak tiga menjak ni mak tak sedap badan la. eh, bukan tak sedap badan kang uols fikir lain pulaks. mak takde mood je. macam macam yang buat mood mak terjejas. kalau kita nak menulis mood mesti mari kan. harini pon mood tak berapa nak mari. tapi disebabkan tak nak bagi uols rindu kat mak, so mak tulis lah sepatah dua kata. *macam ada orang rindu pon dekat aku. heh*

takdelah uols. beruk mak ni ha buat hal lagi. lembab bukan main ha. malas lah mak nak online lama lama macam masa mak muda dolu. banyak benda yang mak nak cerita sebenarnya. nak nak mak sekarang dah bergelar guru uols. iye. guru. cikgu. teacher. ustazah. ha yg teacher dengan ustazah tu mak tipu je. tak layak uols. mak ganti cikgu yang baru lepas melahirkan album sulung nya yang berjudul. eh apa mak mengaruts ni. anaknya lah. itu cikgu bukan penyanyi uols. cikgu yang mak ganti ni cikgu kh. so mak mengajar kh untuk tingkatan 1 dengan 2 sahaja. ada 8 kelas semuanya.

walaupun baru seminggu mak jadi cikgu uols, tapi banyak jugaklah yang mak dapat. antaranya dapat malu, dapat pengalaman, dapat kawan baru uols. kelazzz kan. macam macam tau. bukan senang uols. lagi lagi dapat malu. ha, nak tahu apa yang dapat malunya? ala, mak dah pernah bagitahu dekat facebook. malas lah mak nak cerita dekat sini. nanti panjang berjela uols malas nak baca kan. mak tahu uols ni semua malas membaca macam mak kan. betol tak? kalau tak pon buat buat betol jeks.

ala uols mak rasa mak punya entri ni dah macam buat karangan lah pulak kanz. mak setop dulu ye hapdet pasal mak. nanti mak free, internet ekspres mokses mak hapdet lagi. tentunya cerita lagi vazz gittewh. melets punya lah. uols jangan risau okeh. okay uols. jumpa lagi di lain hari lain waktu dan lain masa tapi tentunya tempat yang sama. sama. sama!

*cuti sekolah dua minggu ni nak kena tanda kertas periksa budak. tak pasal pasal baru ganti kena buat keje ni semua kanz. kelazzz.

Tuesday, May 11, 2010

jejaka idaman

ehehe. tetiba macam malu pulak dengan tajuk entri kat ats ni ha. nampak macam desperate nak berlaki ke? tak kan. *nak sedapkan hati sendiri. hehe* sebenarnya bukanlah jejaka idaman tetapi suami idaman. amboi macam dah gatal sangat nak bersuami pulak aku ni. takdelah gatal sangat walaupun hakikatnya memang gatal. aiseh kantoi pulak. haha.

takdelah. macam ni. semalam ada dengar satu lagu ni. ciptaan munif ahmad. ha kenal tak dia siapa? dia ni yang kumpulan hijjaz tu la. tajuk lagu dia adalah BIDADARI. bila first time dengar, peh menusuk kalbu lah lirik dia. hampir menitiskan air mata kau! terus jatuh cinta dan mendambakan jejaka seperti dalam lirik ini yang sangat menghargai segala pengorbanan isteri. heheh. amboi, mendambakan kau. perkataan yang tak boleh blah. okaylah ini dia lirik lagu nya.

Bidadari..Bidadari...
Temanilah resahku

Bidadari..Bidadari..
Tenangkan-lah Jiwaku

Sumpah Setia
Hidup Mati
Selamanya
Kerna Kau Isteriku
Isteriku Tercinta
Pelengkap Rusuk Diriku

Bidadari..Bidadari..
Jadilah pendampingku

Bidadari..Bidadari..
Jadilah sang setia

Kerna Cinta
Cinta Suci
Ertinya Tidak Pernah Sepi
Sepi daripada
Cubaan yang tak terduga

Chorus
Kau Umpama Bintang Utara
Penunjuk Jalan yang terang
Kau beri harapan
Saat ku jatuh bangun semula

Kau Berikan Sakti Cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita
Cinta Abadi HANYA di Syurga


ha, ini pulak lagu bidadari. KLIK SINI. korang dengar dengar kan lah ek. kot kot ada feel yang sama macam aku. nanti bagitahulah kalau korang ada feel yang sama macam aku ek. hehe. ha, lepastu munif ni ada tulis novel. tajuk dia Riwayat Bidadari Syurga. hmm, macam nak baca je novel dia. tapi tunggu aku jadi beruang la. eh berWANG. sekarang tengah sengkek. hehe. okay itu je. harap korang enjoy dengan lagu ni okeh!

Monday, May 10, 2010

takmo marah. takmo takmo.


grrrrrrr. geram ni. geram gila. rasa nak marah nak campak laptop semua. haih. sabar sabar. eh jap, sebelum nak cerita kenapa aku geram bagi aku hembus dulu semua habuk habuk yang dah mula melekat dekat blog ni. fuuuuh. fuuuuh. fuuuuh. dah seminggu lebih aku tak hapdet. memang berhabuk lah kan. nasib baik belom bersawang. yela, bila duduk rumah tak tahu nak cerita apa. tak kan nak cerita aku makan, tido, tengok tv tu semua. jatuhlah kredibiliti aku. eceh. macam sekarang aku tak terbagitahu korang pulak apa aku buat bila dah habes belajar ni kan. hehehe.

okay, tapi bukan benda tu aku nak cerita. ni ha, geram pulak aku dengan berukben ni tadi. buat hal pulak dia. suka carik pasal time time macam ni. memang tahap kesabaran aku tak terkawal lah kan. naseb baik aku tak campak laptop ni. cuma aku hentak hentak je dia. ehehe. kesian lah laptop ni jadi mangsa kegeraman aku. eh tapi laptop ni tetap bersalah. dia sangkut sangkut, lembab nak mamfus. mungkin dah banyak sangat virus virus cinta beranak pinak dalam ni kot. nak format malas pulak. nanti terbang seratus dua. membajir!

breathe in, breathe out. hap hap fuuuuhhh. haaa. bila kita rasa marah, kita rasa geram, jangan biarkan perasaan itu membelenggu dan mengawal diri kita. bila kita biar ia mengawal kita, tu yang jadi benda tak elok. keluar lah perkataan perkataan yang tak elok macam vavi la, fundek la semua kan. takmo takmo. tak elok cakap perkataan perkataan camtu. ehe. padahal tadi masa marah baru je sebut. yela, marah ni kan datangnya dari syaitan. so, macam mana nak hilangkan perasaan marah ni? satu je caranya iaitu BERWUDHU. insyaallah lepas itu kita akan lebih rasa tenang dan aman sejahtera. marah pon hilang sebab setan gondol ni pun dah lari kena air wudhu kan. *tapi biasa tak buat pon. cakap je lebat. hehe* jadi, lepas ni sama sama lah kita amalkan ek. aku cakap ni pon untuk mengingatkan diri sendiri jugak. heee.

hmm. rasanya itu aje lah kot. hehe. boring je aku ni kan. tengah marah pon sebok nak kecoh dekat blog. takpelah, kalau boring tak yah baca pon. nanti bajir je masa korang kan. hehe. tapi nak baca terima kasih lah kerana meluangkan masa anda untuk baca entri ini. eh dah dah. in aje cerita untuk kali ini. lain kali agak agak kalau ada cerita best aku hapdet ek. kalau aku tak hapdet maksudnya tengah takde hot story lew tuh. ehehe. :P