Monday, June 28, 2010

cemburu bertukar rindu

jenjalan tengok blog orang walaupun blog sendiri tak hapdet sebab malas dan takde mood sekali terbaca amy punya blog yang cerita pasal movie marathon. motif nak cerita mende alah ni? of course lah aku jeles. jeles sebab dia boleh buat movie marathon sedangkan aku dirumah tidur marathon. dah takde orang lagi yang boleh bawak aku tengok wayang bila aku nak. eceh macam aku mem besar je nak suruh orang buat apa aku nak.

tapi 'like seriously' i miss my friend very much. i miss the day that we overnight together. i miss the moment that we gila gila together. put on some make up on their face like profesional make up artist. walaupun hasilnya macam harem. biasalah mak kan baru nak merangkak rangkak dalam arena permekapan ni. heh. and the most thing that i miss is to geli geli together and buat drama sebabak di BILIK PUAKA.

bila lah lagi aku akan dapat buat semua kerja gila dengan korang ha. really really verrrrry verrry miss them damn much! hah. hamek kau. tiba tiba perasaan rindu dikalbu membuak buak tanpa dipinta. dan tercurah curah di laman sesawang blog aku yang hampeh sebab jarang gila vavi nak di hapdet. sedangkan orang lain bersuka ria dan berbagai cerita di hapdet. kalau boleh sehari nak berpuluh kali hapdet. okay tipu aje. tu orang takde keje namanya.

okaylah itu sahaja untuk kali ini. sebenarnya nak cerita pasal pengalaman aku di arena perguruan ni. tapi dah terbaca blog amy cerita lain yang keluar. lain kali bila aku ada mood lah ye. kalau nak tunggu muthu sampai tak tahu lah bila. almaklumlah dia berbasikal dari india ke mari. hah itu aje. makin dibiarkan makin banyak lah aku merepek.

*aku tau tajuk entri jiwang nak mati tapi ini aje yang mampu aku fikir setakat ini.

Sunday, June 13, 2010

bermulanya sebuah pengakhiran

okay, i know i'm a bit late. eh bukan a bit pon. tapi memang dah lambat. semua orang dah heboh dekat blog dan facebook masing masing tapi aku baru nak heboh. takpe bak kata orang tua biar lambat asal selamat. nak tahu ke apa yang aku nak hebohkan ni? eh tak payah lah. malu pulak aku. ceh gedik gila. okay okay i tahu uols semua dah tak sabar kan nak tahu.




TADAAAAA!!



alamak macam tak jelas. takpe boleh kelik untuk besar punye!!

lahh. ini je? apa kobondo lah ni kan? cuba korang tengok betol betol. yang dekat bawah sekali nun. yang dalam kotak sebelah tulisan tadaaa tu. haaaa. CATATAN: DIKURNIAKAN IJAZAH. alhamdulillah. setelah hampir 3tahun aku menuntut dalam bidang aku akhirnya aku berjaya mendapat segulung ijazah. terima kasih mak dan abah yang dah banyak berjasa sehingga aku berada di tahap ini. tak lupa juga kepada sahabat handai yang banyak membantu dan sentiasa disisi tak kira senang dan susah. wah wah wah dah macam speech orang menang award pulak.

sebelum aku belah ni ada pesanan dari penaja yang berbunyi begini walaupun tak keluar bunyi tapi korang baca kuat kuat kompom keluarlah bunyi nya. ha macam ni. bukan niat di hati hendak bongkak lagi angkuh dengan ijazah yang dikurniakan cuma sebagai inspirasi kepada mereka yang masih menuntut untuk belajar bersungguh sungguh sehingga berjaya menggenggamnya. tak kira lah walau apa yang dilakukan mestilah lakukan ia sehingga mencapai kejayaan. bak kata pujangga dari cik peah, tak bermakna berjaya memegang segulung ijazah berjaya didalam hidup kerana ia merupakan titik tolak untuk kita terus berusaha mencapai kejayaan demi kejayaan. jyeahhh! semoga berjaya kawan kawan!

*sebenarnya takde kerja. tu pasal hapdet entri cenggini.
** aku tahu perenggan yang terakhir tu memang poyo. tapi apa boleh buat. aku memang poyo. hahaha.

Thursday, June 10, 2010

budak setan yang legend


yo yo yo. apa di atas. apa di atas yaww yaaaw. ini hari gua taknak jadi diva gebuzz sebab gua sudah bertaubat. selamat tinggal dunia pondan. gua sudah berubah menjadi jantan yang gagah lagi perkasa. kelazz kau jantan haa. ooops. maaf. kadang kadang sikap semulajadi kita akan terkeluar walaupun kita cuba sorokkan sedalam dalamnya. betol tak? baik cakap betol sebelum aku hentak lu orang. peh gila ganas ah gua sekarang. kerja nak hentak orang je gua sekarang ni.

ah sudah sudah. inilah akibatnya bila nak dekat sebulan tak hapdet lepastu jadi rajin nak hapdet. wayar sudah putus, fius sudah hancus. ekceli takdelah rajin mana pon. selang sehari baru hapdet. bukan selang sejam dua ke. sebenarnya nak hapdet lagi dari semalam. tapi mood tak marilah. jari malas mahu menari nari di atas keyboard ini lah. so as a result, boleh cek dekat esmp.upm.edu.my. eh eh itu result exam untuk sem lepas lah. apa kau mencarut ni cik peah?

cenggini, al kisah. toyyib. aku dan adik beradikku serta sepupuku pergi menonton wayang bertajuk lagenda budak setan. alah yang orang dok hingaq cakap cerita dia best tu. bagi aku ceritanya tak memuaskan hati aku. sebab aku pernah baca novel dia yang waayyyy better than the film. like seriously? yeah seriously cerita novel yang setebal kamus dewan bahasa tak boleh diadaptasi menjadi sebuah filem. kerana apa saya berkata sedemikian? ini kerana babak yang sepatutnya panjang menjadi pendek dan ciput ciput sahaja. so tak puas. lagi lagi yang membuatkan aku tak puas nak tengok cerita ni sebab dia dok zoom in muka pelakon sorang sorang. dekat gila pulak. naik rimas. aku nak tengok scene yang nampak penuh. taknak nampak muka. maka segala jenis lopak dan bekas bekas jerawat si pelakon jelas terserlah. kesian deme.

tapi apa apa pon aku masih lagi menunggu untuk bahagian kedua. harapnya gaya pengarahannya dan garapan si pengarah lebih berkesan. jadi mr sharad sharan anda boleh berusaha lagi untuk bahagian kedua sekiranya anda masih lagi menjadi pengarahnya. eh apa betul nama direktornya begitu? ah hentam sajalah. ha kepada sesiapa yang cakap best tu memang best cuma mungkin aku lebih suka novelnya berbanding filemnya. setiap orang ada pendapat masing masing kan. okay sekian sahaja dari bilik berita. salam satu malaysia! *kejadah*

*proses penandaan kertas masih belum berjalan. sigh!
*dalam proses untuk mencari novelnya. sesiapa yang ada diharap bermurah hati untuk kasi aku pinjam. eheh


Wednesday, June 9, 2010

bila diva gebuzz kembali! hamboi hamboi hamboi.

hai uols. lama mak tak mengarut ngarut dan mencarut carut dekat blog ni kan. nak dekat sebulan kot. sorilah uols. sejak dua menjak tiga menjak ni mak tak sedap badan la. eh, bukan tak sedap badan kang uols fikir lain pulaks. mak takde mood je. macam macam yang buat mood mak terjejas. kalau kita nak menulis mood mesti mari kan. harini pon mood tak berapa nak mari. tapi disebabkan tak nak bagi uols rindu kat mak, so mak tulis lah sepatah dua kata. *macam ada orang rindu pon dekat aku. heh*

takdelah uols. beruk mak ni ha buat hal lagi. lembab bukan main ha. malas lah mak nak online lama lama macam masa mak muda dolu. banyak benda yang mak nak cerita sebenarnya. nak nak mak sekarang dah bergelar guru uols. iye. guru. cikgu. teacher. ustazah. ha yg teacher dengan ustazah tu mak tipu je. tak layak uols. mak ganti cikgu yang baru lepas melahirkan album sulung nya yang berjudul. eh apa mak mengaruts ni. anaknya lah. itu cikgu bukan penyanyi uols. cikgu yang mak ganti ni cikgu kh. so mak mengajar kh untuk tingkatan 1 dengan 2 sahaja. ada 8 kelas semuanya.

walaupun baru seminggu mak jadi cikgu uols, tapi banyak jugaklah yang mak dapat. antaranya dapat malu, dapat pengalaman, dapat kawan baru uols. kelazzz kan. macam macam tau. bukan senang uols. lagi lagi dapat malu. ha, nak tahu apa yang dapat malunya? ala, mak dah pernah bagitahu dekat facebook. malas lah mak nak cerita dekat sini. nanti panjang berjela uols malas nak baca kan. mak tahu uols ni semua malas membaca macam mak kan. betol tak? kalau tak pon buat buat betol jeks.

ala uols mak rasa mak punya entri ni dah macam buat karangan lah pulak kanz. mak setop dulu ye hapdet pasal mak. nanti mak free, internet ekspres mokses mak hapdet lagi. tentunya cerita lagi vazz gittewh. melets punya lah. uols jangan risau okeh. okay uols. jumpa lagi di lain hari lain waktu dan lain masa tapi tentunya tempat yang sama. sama. sama!

*cuti sekolah dua minggu ni nak kena tanda kertas periksa budak. tak pasal pasal baru ganti kena buat keje ni semua kanz. kelazzz.