Monday, August 6, 2012

Back from long hiatus. Yeay!!

Assalamualaikum w.b.t.

Bismillahirrahmanirrahiim. Hmm, lama gila dah belog ni tak berupdate langsung. Dah setahun lebih nampaknya kemalasan nak mengadap belog ni menguasai diri. Tetibe rasa rindu pulak nak membebel dalam belog maknenek ni. Maksudnya maknenek dah kembali lah ni? hihih. uolss rindu iolss?? Of course lah tak kan. siapalah aku ni sampai ada yang nak rindu aku dalam arena pembelogan ni kan. Bukan pemes pon. Takde org kenal pun melainkan kengkawan yang ada belog. Heh.

Apa nak update eh?? Kalau nak update pasal life aku selama setahun lebih aku hibernate kang lotih pulak jari korang (kalau ada yg bukak belog ni nak baca post baru aku. heh) nak scroll dari atas sampai bawah. ye dak? hehehe. Haaa, kalau camtu nak share ngan korang resipi lah. Eeh, cikpeah ni bebulan puasa cenggini nak share resipi plak. Dah lah pepagi buta. Kang terliur pulak korang (sekali lagi kalau ada yg bukak belog ni nak baca post baru aku. double heh). Alah, iman korang kuat kan. Macamlah budak 4tahun baru nak belajar puasa. ye dok?

Okay2, actually bukan resipi main course ke hape. Resipi kuih je. Alaaa, resipi cheese tart. Tetiba pulak lah aku rajin nak buat kuih2 ni kaaaan. Memang so-not-me lah kan. People change uolss, so do I. Bila dah start buat kuih rasa enjoy pulak. Lagi2 aku ada la menjual sikit2 kuih ni kat kengkawan yang nak beli. So, nindia resipi dia. Senang je uolsss. Aku yang tangan kaku tak reti buat satu hape kerja rumah pun boleh buat ni kan pulak korang yang memang tangan lemah gemalai selalu masa memasak kannnzz.

Cheese tart (Flavour ikot korang nak apa. up to uolsss)

First sekali kita kena buat dia punya crust. So ni bahan-bahannya untuk 1 adunan:

  • 170 g butter (aku pakai jenama buttercup)
  • 50g icing sugar
  • 1biji telur gred C (kalau korang pakai gred B boleh kurangkan putih telur sebab takut nanti terkeras pulak)
  • 1sudu teh esen vanilla
Okay, cara-caranya nak mengadun adalah seperti berikut (hamboi macam dah buat karangan pulak. heh):

  • Firstly, pukul butter dengan icing sugar sampai sebati.
  • Lepastu masukkan telur dengan esen vanilla.
  • Pukul adunan tadi sambil masukkan tepung gandum yang telah diayak (ditapis) sikit-sikit. Uli doh  sampai la korang rasa doh korang tu lembut. Lembut ye bukan lembik. Actually, kuantiti tepung tu bergantung pada kelembutan doh. 
  • Simpan doh yang dah siap diuli tadi dalam plastik and letak dalam peti ais. Ada org cakap 2 jam je dah cukup tapi ada yang suggest semalaman. Tapi kalau malas nak simpan sampai malam 6 jam camtu pon dah okay dah.
  • Bila dah cukup semalaman ke 2 jam ke 6 jam ke masukkan doh dalam acuan dia. Haa, sebelum masukkan dalam oven makesure korang cucuk dengan garfu. Tak boleh bayangkan? Takpe nanti aku bagi gambar kay!

Haa, acanilah ghopenya bila dicucuk. Gambar hasil ehsan kak ita  punya blog.
  • Bakar dalam oven 170C selama 20-25minit camtu bergantung pada warna crust. Tak terlalu putih dan tak terlalu brown. Kira sedang2 gitteww.
  • Ting!! bila dah siap dibakar tunggu sejuk baru boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk masukkan cheese dalam crust tu nanti.
Sekarang kita buat cheese dia pulak okay. Ni bahan-bahannya:
  • 250 g cream cheese (yang ni pulak aku guna brand tartura. packaging dia cam bonjot2 gittew. ahh, ni haaa ghopenye. tengok bawah ni haaa)

Ganbar hasil ehsan gugel
  • 50g gula kastor
  • 1 biji telur saiz gred B
  • 1/2 sudu teh esen vanilla


Haaa, sekarang cara2 nak adun pulak:
  • Memula putar cream cheese dengan gula. Oh, in b4 cream cheese ni kena keluarkan dari peti ais 20-30minit sebelum korang nak guna okay. Tapi jangan biar suhu cream cheese ni cecah suhu bilik. 
  • Kemudian, masukkan telur dengan gula kastor dan putar lagi. yeahhh!
Cingg!! siap!! boleh masukkan dalam crust yg kita dah prepare awal2 tadi. Oh, in b4 korang boleh masukkan filling  blueberry, chocolate or flavour apa korang nak dalm crust sebelum masukkan cream cheese tadi. Nak dapatkan filling yang cantik guna piping bag and picit satu tempat sampai dia membuncit memontok menggebu. Wahhh ayat nak menggebus aje. hewhew.
Okay seterusnya untuk decoration korang boleh letak apa aje atas cheese tart tu untuk buatkan dia lebih menarik. Dah siap segala bagai decoration, bakar dalam oven dgn suhu yg sama macam bakar crust tadi selama 10 minit. 

Haaaa, amacam senang je kan nak buat dia. Sekarang semua org boleh makan cheese tart buatan sendiri tanpa perlu ke bakery's cottage. Eh, lepas dah siap bakar tu tunggu sejuk boleh lah masukkan dalam peti ais. Bila sejuk2 suhu peti ais tu baru sedap nak makan kan.

Okay uolsss selamat mencuba!!!

Tadaaa!! ni laaa hasilnyaaa. Choc cheese tart. omnomnom


Monday, May 16, 2011

selamat hari guru!

assalamualaikum! sebelum tu aku aku nak vacuum habuk habuk dan segala sawang mawang yang ada dekat blog aku ni. pehh, lama gila aku tak hapdet weh. nak dekat 2 bulan kot. last post pun 13 mac. haaa, berapa lama aku tak hapdet? ce kira ce kira sebab aku malas nak kira. hakhak.

okay, harini gua malas nak cakap banyak sebab dalam otak gua ni banyak benda gua kena setel dalam minggu ni. gua hapdet pun sebab harini hari guru. eh, apa kena mengena pulak kan. mestilah ada sebab aku nak wish semua yang bergelar guru SELAMAT HARI GURU termasuk abahku yang tercinta yang pernah bergelar guru dan mendidik anak bangsa. untuk pengetahuan korang, harini jugak birthday abah aku. SELAMAT HARI LAHIR ABAH!! adik sayang abah. terima kasih atas segalanya. hamboi adik kau. nampak nau manja. eh, gua tak manja lah. mak abah aku yang nak panggil. so aku redha ajelah. kehkeh.

kat bawah ni ada lagu guru Malaysia iaitu lagu favourite aku setiap kali hari guru. sedap woo lagu ni. korang pon mesti tahu kan lagu ni dinyanyikan oleh cikgu-cikgi setiap kali hari guru. kira ni macam janji dorang untuk anak bangsa la. dan mereka telah berjaya mendidik setiap dari rakyat Malaysia walupun ada gak yang tak jadi orang tapi itu bukan salah guru atau ibubapa. itu salah diri sendiri yang taknak jadi orang dan rela jadi beruk dan sebagainya.



lagu yang lagi satu ini pulak lagu favourite aku masa kecik kecik sekolah tadika. memang gua layan habis lah. so, buat guru guru yang berjaya mendidik diri ini dari tadika sehingga sekarang, dengarkanlah. lagu ini buat kalian. ceh, macam dorang baca blog aku pun kan. blog aku pun dorang tak tahu. takpelah, buat kawan kawan yang bergelar guru tu layankanlah lagu ni ye. aku pun pernah gak jadi cikgu. memang tak semudah yang kita sangka. lagi lagi bila perangai remaja zaman sekarang ni yang lagi advance dari kita dulu dulu. memang tak menang tangan nak handle. cuma perlukan kesabaran yang tinggi serta keikhlasan hati. semoga korang ikhlas dalam mendidik anak anak bangsa menjadi orang yang berguna. insyaallah kerja keras korang akan terbayar suatu hari nanti. aku dapat bayangkan perasaan cikgu cikgu yang berjaya mendidik anak murid dorang sehingga berjaya. memang puas hati.


nampaknya aku dah tak tahu nak bebel apa lagi. ekceli banyak je nak bebel tapi maklumlah otak ni bebal sikit nak susun ayat. nanti kang korang tak paham pulak apa aku bebelkan kan. okay, chioww!

Sunday, March 13, 2011

count on me bebeh!

hey uolss. anak ikan mak hayyam sekalian. kehkehkeh. tetiba mood pondan mendampingi diriku. oh tidak! selamat tinggal dunia pondan. akak dah jadi macho mulai saat dan detik ini. akak dah taknak libatkan diri dengan dunia pondan itu lagi. tobat mak nok. oops terlepas lagi. okay, maafkan kekhilafan akak. akak tahu akak sering merapu rapu setiap kali memuqaddimahkan entri akak. maklumlah akak bukan manusia sempurna.


tika malam melabuhkan tirainya, akak nak share dengan adik adik semua dengan sebuah lagu yang cukup bermakna walaupun liriknya sangat direct dan simple. lagu ini akak dedikasikan khas buat sahabat sahabat akak tersayang yang selalu ada waktu akak senang dan susah. bila akak gembira dorang pon gembira. bila akak susah hati, dorang pinjamkan baju buat lap hingus akak ni. memang hebat mereka kan. tak geli langsung dengan hingus akak ni.


euwww, apa ni cerita pasal hingus pulak. geli tauu. i dah lah pembersih. okay, maafkan akak sekali lagi. takdelah melampau kasi baju nak lapkan hingus kan. kasi pinjam bahu untuk akak menangis sudeh. melampau nau cik peah ni haaa. walaupun pada hakikatnya akak ni pemalu nak nangis nangis depan orang ni. maklumlah, akak kan macho orangnya. jatuhlah saham akak dik nun. ngehehe.


apa-apa pon akak sangat hargai semua kawan kawan akak yang selalu ada dengan akak. tanpa mereka siapalah akak ni. tanpa mereka akak takkan jadi sekuat dan setabah ini. terima kasih sahabat. sobs sobs. tetiba jadi sebak serta sayu pulak. nah, dengarlah lagu bruno mars ni. khas untuk uolsss. caaaaaaaayang korang. muah muah muah. *hugs and kisses*





psst, sekarang ni akak dah jadi lebih konfiden drive kereta sendiri. syukur alhamdulillah. amin. :)

Saturday, March 5, 2011

takut takut berani

hideho! happy sabtuday y'all. kepada yang bercuti selamat melazykan diri di rumah dan kepada yang bekerja selamat membusykan diri dengan kerja. tehee! aku cuti so aku balik rumah. nak tahu tak macam mana aku balik rumah? haaa, jeng jeng jeng. ececeh macam misteri lah kononnya. padahal harem Jay!

okay, tak sabar nak cerita ni. tehehe. ingat kan kat entri yang dekat SINI. kan aku ada bagitahu kalau aku dah boleh drive sendiri balik rumah aku nak hebah hebah kan kat korang kan? so, sekarang aku nak membanggakan diri sambil mengembangkan lobang hidung aku nak cerita lah yang aku balik rumah dengan drive sendiri. pehh gila kagum dengan diri sendiri. choi! kicik punya hal lah dey. tak payah nak kecoh macam kau sorang reti drive. tapi ada aku kesah? kihkihkih.

alaa, actually tak boleh nak bangga sangat dengan pencapaian diri aku ni sebab aku balik pun berteman. tu pon dia cuak nak naik dengan aku sebab aku ni tak alert katanya. baiklah, lepas ini aku akan lebih berhati hati dan lebih peka dengan kenderaan sekeliling. cuak tak cuak gak lah kan drive masa jam gila babas. tapi kita kena rileks macam kita dah expert drive. kalau tak memang cium bontot kereta orang lah jawabnya. ye dak.

dah lah tu. tu aje aku nak cerita. balik U nanti aku sorang sorang lah jawabnya. harap diriku tabah menghadapi segala dugaan di jalan dengan jayanya! weee~

pssst, disebabkan ini weekend mari kita layan lazy song from bruno mars. semoga berjaya melazykan diri di rumah macam aku. eh, aku hari hari pun lazy kot. choi!



Tuesday, March 1, 2011

sang burung yang pemurah.

ye, aku tahu aku memang makin malas nak update belog aku ni. kalau dulu seminggu sekali. tak seminggu sekali pun ada la beberapa kali sebulan. tapi sekarang ni? SEBULAN SEKALI! wadehek punya pemalas lah kan. ala, takpe la pun. bukannya blog popular cam orang lain tu kan. yang hari hari pon orang bukak sebab nak baca entri baru dorang.

okaylah, tu je nak bebel. malas nak tulis panjang panjang. takde mood. heh. okbai!





acah mak enon. tipu je. tak kan la pendek benor kan. ekceli nak cerita pasal adik beradik twitter. tau kan twitter tu apa kan walaupun korang tak de twitter? eh, bukan adik beradik pun. takde kena mengena pun. tapi dia lebih kurang macam nuffnang la fungsinya. cuma ia lagi mudah sebab korang hanya perlu share atau kongsi iklan yang diberi dekat facebook ataupun twitter ataupun kat YM status ataupun emailkan ke rakan rakan korang ataupun berblog mengenainya. eh berapa banyak punya ataupun daaaa.

nak tahu apekebendanya tu? inilah dia!


dah ada akaun ChurpChurp? apa? belom? ha kalau belom mai lah ramai ramai join ChurpChurp ni. tak susah. korang cuma perlu sign up dan lepas tu kongsikan iklan iklan yang diberi dekat facebook, twitter bla bla bla. aku dah mention kat atas tadi kan. malas nak repeat. segala ulangan adalah berbayar!!! teheee. kau hengat kau ARTIS nak bayar bayar segala? choi! bila korang dah share dekat laman sosial korang lepastu ada orang berminat dengan iklan yang korang share tu lepastu dorang pon tekan lah link yang diberi. dengan tak semena mena korang pon dapatlah ganjarannya.

pehh, ganjaran tu. bunyi macam dapat puluh puluh, ratus ratus je kan. memanglah boleh dapat puluh puluh dan ratus ratus dengan kelikan sahaja. tapi dengan syarat korang rajin lah nak share iklan yang diberi dan ramai orang kelik dengan penuh berminat. haaaa, tak susah pun kan. apa? leceh nak share share ni? haishhh, memang lah. mana ada orang nak bagi duit free free je kan. at least kena put some effort lah kan. barulah ada hasilnya. bak kata orang, kalau usaha kita baik maka hasilnya pun baik. insyaallah. rezeki tu semua kan datang dari Allah. kita sebagai manusia hanya perlu berusaha.

haaa, sekarang dah rasa berminat nak sign up ChurpChurp account? kelik SINI untuk terus sign up! lepastu boleh ajak kawan kawan yang lain. the more the merrier kan. tehee!

agak agak tak nampak boleh kelik kasi besar punya! memang tak nampak kot!

okay, inilah ghopenye bila korang dah ada account ChurpChurp. nampak kan yang dalam petak merah tu kan. tu jumlah earning korang lepas korang share iklan iklan dorang. hehe. aku tahu aku punya sikit aje. tapi okay apa kan. sikit sikit lama lama jadi bukit lah kan. kan kan kan. so lepasni korang boleh lah dapat extra money dengan cara yang mudah kan. walaupun tak banyak mana. orang tua tua cakap siapa yang tamak akan rugi kan. so tamo tamak tamak, syukur dengan apa yang kita earn tu okay. nak dapat banyak kena doublekan effort lah kan. sukakannya gandakannya!!! :P