Friday, January 7, 2011

baik punya projek!


assalamualaikum salam sejahtera kepada anda semua moga berbahagia. di hari yang indah lagi mulia (hari jumaat penghulu segala hari)...bla. bla. bla. aku dah tak ingat lirik dia. memang bab bab mengingat lirik ni memang aku hampeh. tak pernah nak lekat.

okay, cukup sekadar itu untuk pembukaan entri aku. hmm, seminggu sudah aku bergelar research assistant. apa yang aku boleh katakan masa ni aku tak boleh kata apa apa lagi sebab macam jaaaaauuuhhh lagi dan panjanaaaaang lagi perjalanannya untuk sampai ke situ. hah sudah. sampai ke mana pulak? entahlah sampai mana mana lah. yang penting aku rasa aku blur. otak aku sumpah dah karat sampai hape pon aku tak hengat weh.

gila kan? nak buat projek tapi blur. eh projek? projek apa pulak aku nak buat kan? projek untuk research ni ha laahhhh. jangan pikir 'projek' lain pulak. korang ni bukan betol. asek pikir kuning je. tak macam aku yang pikir pink hijau dan coklat. heh, takde kena mengena pon. suka nak kona baring cik peah ni. eh, jangan takat baring, kona merangkak pon boleh doh. haih, sudahlah tu. straight to the point aje lah. aku rasa kan aku ni kan haish macam macam lah aku pikir sampai aku pon tak tahu apa aku pikir sampai aku tak boleh fokus untuk projek tu.

aku tak stress or tertekan ke hape. cuma mungkin otak aku ni dah agak lembap dan lembam akibat rutin harian aku sebelum ni yang makan tidur bangun tengok tv berak kencing. euww berak ngan kencing pon nak bagitau. tak senonoh punya pompan. ahhh ada aku kesah? hah, tulah masalah aku. so sekarang ni mulai saat dan detik ini aku kena fokus dengan apa aku buat. jangan nak sambil lewa lagi. tak banyak masa dah cik peah oi. no honeymoon lagi. please step out from your comfort zone. memang terlebih lebih comfort pon sampai otak jadi bebal nak pikir nak telan segala macam maklumat.

hmmm, sebagai kesimpulan untuk penceritaan aku hari ini adalah aku perlu FOKUS!! yeaaaah, usaha tangga kejayaan. jangan dah nak pikir benda lain yang tak penting tu. pikirkan dulu pasal projek kau ni ha cik peah oi. nanti kang kalau main main hasilnya pon mestilah dia nak main main. kang tergolek dok menangis berlagu awan yang terpilu lah kau jawabnya.

ya Allah, bantulah aku dalam menjalani tanggungjawabku sebagai hambaMu dan kurniakan aku kekuatan hati untuk aku terus menghadapi hari hari mendatang. berikan aku semangat untuk aku menghabiskan apa yang telah aku mulakan. jadikanlah ini jalan yang terbaik buatku agar aku yakin dalam setiap tindak tandukku dan tidak sedikit pun aku ragu dengan jalan yang telah aku pilih ini. sesungguhnya hanya Engkau yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.

AMIIIINNNNNNN!

alhamdulillah. terima kasih kawan kawan sebab doakan untuk saya. jasa baikmu amatlah saya hargai hingga ke hujung nyawa. cis, ayat macam hape aje. okaylah itu aje untuk kali ini. dan semoga doa kalian menjadi kenyataan dan dimakbulkan. *mesti korang tertanya tanya bila masa pulak korang doakan aku kan? abes dah korang baca doa aku tu kira korang doakan aku sekalila kan. ikhlaskan hati tu pelisss. tehehe.
*ntahpepe je. gamba takde kena mengena langsung. bajet suspen ah tajuk entri pasal projek baik punya pehtu letak picture no entry. citt!

No comments: