Sunday, January 31, 2010

hari ini dalam sejarah

buat pertama kalinya sepanjang aku mempunyai broadband ini, aku tidak berada di atas garisan (online) selama lebih daripada 24jam. wow! suatu pencapaian yang hebat! *clap! clap! clap!* nampaknya selepas ini bolehlah aku meneruskan misi aku untuk memotong berokband aku memandangkan sekarang ini pon berokband aku dah buat hal. lebih quota pulak dah macam entri yang lepas. sakit hati betul. haih. apa boleh buat. sepatotnya benda ni terjadi masa aku test itu hari. baru lah takde gangguan dan boleh study dengan aman. heh. iyolah labu.

ini pon aku online dengan menggunakan kemudahan yang telah disediakan oleh pihak universiti yang tercinta. oh sebut pasal universiti, rasa macam teruja tiba tiba sebab aku bakal bergelar graduan tak lama lagi. insyaallah. doakan aku berjaya bergraduat dalam tahun ini juga dan mendapat keputusan yang boleh membuatkan hidung ibubapa aku kembang bangga. hahaha. itu pon kalau kembang lah kan.

tapi dalam masa yang sama rasa sedikit sayu untuk meninggalkan rakan rakan yang sentiasa bersusah payah bersam dengan aku sepanjang belajar disini. macam macam benda aku hadapi dan macam macam ragam manusia yang aku jumpa dekat sini. yang baik dan yang kurang baik. tapi semuanya berharga di mata aku. harap lepas habis belajar ni kawan-kawan yang kita suka jangan lupakan aku ek. walaupun kebanyakan dari mereka duduk dekat dekat sini. kalau ada yang jauh pon mungkin mereka akan kerja disini juga. selamat belajar dengan tenang kawan-kawan!

*akhirnya berjaya menonton adnan sempit. kelakar! berbaloi-baloi tengok seorang diri walaupun pergi bertiga. memang sentiasa selling fast. gila mat!

**david teoh, lu dah kaya jangan kasi lupa sama kitorang yang dah mengayakan lu. bagi sini 0.1% dari keuntungan lu. berapa la sangat kan. haha.

Wednesday, January 27, 2010

peristiwa berdarah di Sri Serdang

tadi aku dan tiga ahli ruang puaka pergi makan dekat Restoran Rasamas Sri Serdang. korang tahu tak kewujudan Rasamas ni? dulu dulu nama dia Ayamas. sekarang ni dah tukar nama. dulu servis dia kat mana mana franchise okay. tapi sekarang service macam harem pulak. datang datang je dah bikin aku panas. boleh tak kitorang tunggu nak dekat 5 minit tapi takde orang hantar menu.

tup tup ada segerombolan lelaki datang dan si supervisor muka mintak penampau tu terus kasi menu. dengan sopan santunnya pulak tu. memang seksis betol lah kau. agaknya dia fikir jodoh dia dengan salah seorang lelaki lelaki tu kot. aku panggil baru terhegeh hegeh nak kasi menu. kalau kasi dengan muka yang sangat kencing manis takpelah. boleh dimaafkan. ni kasi dengan tak pandang muka. ni bukan takat mintak penampau tapi penerajang pon dia nak sekali kot. belom order lagi dah bikin aku panas. nasib baik nurul ada menenangkan hati aku yang membara. boleh pulak nurul cakap nanti orang kat kitchen tu ludah atas ayam tu pastu sapu. euuuww. terus tak jadi nak marah.

itu baru satu. ni ada lagi satu yang membuatkan kitorang lagi panas hati. dia serve drummet yang tak cukup masak a.k.a drummet berdarah pastu kitorang panggil lah waitress dia. nak mintak tukar ke apa kan. kalau tak dapat ganti pon takpelah kan, kitorang tak kesah walaupun kitorang sangat mengharap. hehehe. ini mintak maaf pon tak, boleh pulak dia dok jerit kat kitchen tu, "ni memang tak masak lagi. siapa yang masak ni??!!!" hello cik kak, kot ye kau nak marah staff kau boleh tak jangan nak jerit jerit. malu la sikit. kasi mati selera orang la bai. nasib baik masa tu kitorang dah habis makan. lepastu boleh tak dia hempas hempas barang. sudu garpu kot. bukan hempas barang je. pintu kitchen tu pon dia boleh hempas gak. haih. sabar je lah.

ish, nama je restoran franchise. tapi service cam haram. baiklah kitorang makan dekat padang tu ha, servis konfem tip top walaupun aircond semulajadi je. murah pon murah. sedap pon sedap. kenyang pon kenyang. takdelah nak mematikan selera makan kitorang. makin bertambah mungkin.

okay, sambung cerita. lepas kitorang habis bayar tu, nurul cakaplah dekat cashier yang merangkap waitress yang serve kitorang tu yang service Rasamas teruk. pastu muka dia dah macam serba salah dan terus mintak maaf. pastu dia boleh pulak sambung cerita yang supervisor ni buang borang feedback yang orang tulis lepas baca. macam siot tak? apa punya supervisor lah dia tu. tak paham betul. kot ye kau penat tak payah lah buat perangai mintak merantau tu kan. sekali aku merantaukan kau betul betul baru tahu. nasib baik ilmu persilatan aku tak sampai tahap merantau warriors tu. konfemlah supervisor tu tak disukai staff dia. kalau tak, takkan lah staff dia boleh cerita macam tu kat kitorang kan. baik lah kau duduk dekat hutan je wahai cik supervisor muka mintak pelempang. kawan dengan haiwan je. sah sah dorang tak sakit hati dengan kau.

sumpah ni kali pertama dan terakhir kitorang makan dekat Rasamas Sri Serdang!

*balik bilik je ada peristiwa sedih berlaku. haih. sangat sedih. tak sangka boleh pulak jadi macam tu. :((

Tuesday, January 26, 2010

pusing pusing pusing kepala ini!

ensem jugak pokcik einstein ni bile dia risau kan

esok last paper untuk test 1. haih. tapi masih rasa tak seronok. sebab plan yang dah rancang beberapa minggu sebelum ini nampaknya terpaksa dibatalkan. tiba tiba ada kerja yang nak kena buat cuti hari minggu ni. kalau bagitahu awal awal kan senang. takdelah nak plan apa apa.

dah lah 2minggu tak balik rumah. oh i miss you katil and bantal rumah. tak dapat nak manja manja. *ceh memang anak manja. baru 2minggu kot.* hari sabtu dan ahad memang tak boleh balik sebab dua dua hari tu pon kena sampling untuk fermentation mini project bukan final year project. tu yang buat aku lagi kecewa tu.

final year project punya fermentation pon tak mula lagi. adoi. lagi lah pusing kepala otak aku ni. nak kena fikir apa yang nak kena buat masa fermentation tu. sampling. dua minggu pulak tu fermentation period dia. adoi lah fungus kenapa lah korang ni lembab sangat nak grow. kalau 24 jam je kan senang sikit kerja aku.

ish ish. apa lah kau cikpeah. itu kan dah kejadian tuhan. growth rate untuk fungus memang dah slow nak mati. apa boleh buat. redha je la. nampak gaya nya cuti mid sem ni macam tak boleh cuti je. yela. nak run fermentation final year project ni. tak kan lah nak ulang alik dari rumah pulak. mahu kena pelangkung dengan bapak aku ada lah. sudah lah pengecut nak drive. dah semestinya lah orang yang ada kat rumah tu yang kena hantar aku kan. adoi lah. takpe takpe. kau boleh cikpeah. sekarang ni tak boleh dah nak tangguh tangguh. due date pulak tak lama lagi. sempat ke tak aku habiskan fyp aku ni?

hm. sudahlah. cakap banyak pon tak guna. bukan boleh ubah apa apa kalau aku sendiri yang tak gerak buat kerja kan. okaylah. nak sambung baca notes yang baru dibaca setengah muka surat.

*tak tahulah macam mana rupanya soalan paper esok. adoilah!

Friday, January 22, 2010

without borders contest

contest lagi? hai cik.peah cakap sibuk tapi ada pulak lah masa kau nak masuk contest ni ye. hehehe. ala, kejap je nak buat entry ni. tak sampai 5 minit pon. lagipun gambar yang di edit dah ada. tinggal pilih jelah dalam folder kat laptop aku kan.

okay okay. masuk ni aku dah tak ingat berapa banyak contest aku join. 4 kot. maaflah ingatan dah sedikit luput. so, siapa siapa yang rasa rasa macam berminat nak join ini contest boleh visit empunya blog ni ek yang diberi nama SI GADIS EDRIENA. tarikh tutup 31 januari 2010. cepat cepat join sebelum terlambat. oh lupa nak bagitahu. contest ni ada 2 part. aku join part 1 sebab lagi mudah. kalau korang nak masuk dua dua part pon boleh. untuk keterangan lanjut boleh lah pergi blog beliau ek. ehe.

ha ini dia gambar yang akan aku pertaruhkan untuk contest kali ni. *ceh ayat dah ala ala masuk pertandingan AJL pulak*


klik untuk menggemok

*okay mode study is switch on. bakal diam untuk beberapa hari.

sibuklah!


sibuk sibuk sibuk. perkataan ni aku paling tak suka sebab perkataan ni buat masa rehat aku berkurang. benci benci benci! *iyelah tu masa rehat padahal masa membuta*. tapi apa boleh buat. tinggal berapa bulan je aku nak rasa sibuknya jadi student. nanti dah kerja barulah kau tahu betapa sibuknya kau nanti. masa tu memang langsung takde masa kau nak berehat rehat. time tu mesti aku teringat betapa tak sibuknya time belajar ni. lepas tu kalau bising, kecoh, merungut dan bersungut memang nak kena hempok lah jawabnya kan. haih.

eh sudah lah asyik bersungut je. boring lah kau ni cik peah. bak kata entri lepas HIDUP KENA BERSYUKUR. nanti satu masa dah kena tarik balik semua yang ada barulah menyesal tak sudah kan. semua orang pon melalui kepayahan yang jauh lagi teruk daripada kau. tapi dorang still boleh tabah. so geng, kita kena ingat bila diri dilanda musibah bermaksud Allah itu sentiasa mengingati hambaNya. Allah tak akan menguji hambaNya dengan ujian yang tak tertanggung oleh hambaNya. kan Allah itu maha adil. betol tak geng?

amboi, panjang pulak tazkirah aku ni. yela ni untuk memotivasi kan diri sendiri dan orang yang membaca. hehe. okay kembali kepada topik asal. start minggu depan, aku akan sibuk lagi mnyibukkan sebab aku ada 4 test pada 3 hari berturut turut. peh. bayangkan aku tak study apa lagi ni. kiranya bukan start minggu depanlah tapi start dari esok. eh malam ni lah. yela malam ni kena start study. pointer kena naik kan balik. kalau tak kecewa lah mak bapak aku. lepastu nak kena siapkan jugak final year project aku before cuti raya cina ni. tak boleh malas malas. at least lepas habis test terus run fermentation. dah lah lama. harap harap lah sempat nak siapkan.

ayomat get set go! study...study..study..study..

*masuk harini dah 2 kali pergi berenang kat sini. setakat ni dah berjaya mengapungkan badan untuk beberapa saat. ceh. kecoh gila. tapi takpe itu satu peningkatan! saya bangga dengan diri saya!

Thursday, January 21, 2010

ku bahagia!

Di atas bumi ini ku berpijak
Pada jiwa yangg tenang di hatiku
Tak pernah ada duka yg terlintas
Ku bahagia

Ingin ku lukis semua hidup ini
Dengan cinta dan cita yang terindah
Masa muda yang tak pernah kan mendung
Ku bahagia

(Korus)
Dalam hidup ini
Harungi semua cerita indahku
Saat saat remaja yang terindah
Tak bisa terulang

Ku ingin nikmati
Semua jalan yang ada di hadapku
Kan ku tanamkan cinta tuk kasih ku agar
Ku bahagia

ehem ehem. lagu ku bahagia ni memang sesuai sangat dengan perasaan aku sekarang ni. hmm. harini adalah hari yang paling bahagia sebab lepas ni aku dah tak sendiri lagi. masa masa aku akan terisi bersama yang tersayang. oh bahagianya. terasa bagaikan dunia ini aku yang punya. hahahaha.

gelimat! rasa macam nak muntah darah pulak dengan ayat ayat aku ni. sejak bila aku jadi jiwang ni? mungkin sejak aku jatuh cinta dengan si dia. si dia yang bernama cruz. patutlah akhir akhir ni aku asyik nak layan lagu jiwang. macam ni rupanya perasaan cinta yang dah lama aku tak rasa. harap harap aku akan kekal dengan cruz. sekarang ni kitorang masih dalam tempoh mengenali hati budi masing masing.

so nanti dah kenal luar dan dalam barulah boleh kekal bahagia bersama dan serasi selamanya. tak gitu? hahaha. doakan lah kitorang bahagia bersama selamanya ye.

*penat satu hari keluar menghabiskan duit yang ada. lepas ni kena berjimat cermat. tak boleh boros boros.

Tuesday, January 19, 2010

oh misterinya!

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

aku tak tahu kenapa aku suka sangat dengar lagu ni. setiap malam pon mesti aku nak dengar lagu ni sebelum tidur. paling kurang pon mesti aku dengar 7, 8 kali tanpa henti sambil menyanyi syok sendiri tanpa menghiraukan perasaan nurul a.k.a roomate aku. nurul siap boleh cakap lagu ni macam nak halau dia dari bilik sendiri. membe aku yang lain pon sama. semua cakap lagu ni boring lah. dragging lah. mengantok lah. tapi aku tak rasa macam tu pon. telinga aku ni siap gian lagi nak dengar hari hari. aku pon tak tahu kenapa. i'm totally fall in love with this song. seriously!

first time aku dengar lagu ni dekat radio. lepastu aku tanya membe aku ni lagu apa. balik bilik terus download. tapi masa tu macam tak gian lagi nak dengar hari hari walaupun suka dengan lagu ni. tapi lepas menang juara lagu hari tu aku terus jadi gian. kalau nak ikutkan lirik dia pon biasa biasa je. takde lah bermakna gila. nak nak lagu ni pasal perpisahan yang langsung takde kena mngena dengan aku. jarang aku nak suka gila dengan lagu sampai jadi gian nak dengar hari hari berkali kali tanpa henti. memang sangat misteri lah sebab aku berjiwa kental. mungkin sebab lagu ni dah menang anugerah aku terus jatuh cinta? atau mungkinkah aku dah jadi terlebih jiwang? hmmmm..... tak mungkin lah!

hidup kena bersyukur


alhamdulillah. saat yang dinanti dah tiba. akaun bank sudah terisi. yahoo! pakcik kayo! hohoho.

ha. inilah dia tabiat buruk orang kita. belom dapat maki maki. dah dapat puji melangit tinggi. termasuk lah orang yang buat entri ni. haih. apa mahu jadi? memang lumrah hidup begini. jadi kenalah perbaiki diri.

dalam hidup ni, kenalah banyak bersabar bila ujian melanda diri. tanda Allah masih menyayangi. dan sentiasa ingat pada diri yang hina ini. alhamdulillah. semuanya rezeki dari illahi. jadi dah dapat duit ni jangan membongkak diri. jangan boros pada benda yang tak berfaedah nanti. aiseh lu cikpeah jangan tahu nak membebel itu dan ini kalau lu tak buat apa yang dah lu bebelkan semua ni.

betol tak kawan kawan? kalau kita dok bebel bebel suruh orang buat itu buat ini tapi kita pon 2 x 5 je. siapa mahu dengar kan? sah sah lah dorang mengata kita balik.

kesimpulannya, bak kata nurul. hidup ni kena bersyukur walau apa pon terjadi. baik lah mak. haha.

Friday, January 15, 2010

frustrated!


lagu hampa kumpulan ungu berdendang di hati
sesuai dengan keadaan aku sekarang ni,
ye. aku hampa, kecewa, frust, bengang, sakit hati, iri hati.
sebab JPA tak masuk lagi.
padahal akaun budak budak ukm dah terisi.
apa pasal U aku tak dapat lagi ni?

bengang ni.
niat di hati untuk berjoli esok hari terpaksa ditangguh lagi.
haih. kalau minggu depan baru dapat, boleh mati.
tak boleh nak beli barang idaman hati.
kalau asyik tertangguh lagi.
tak tahulah macam mana nanti.
mesti tak jadi beli.
aku tak mahu macam ni!!!

Wednesday, January 13, 2010

hanjeng-hanjeng tua


inilah dia muka muka hanjeng tua tu. amacam hensem tak? hahaha. sebenarnya entri aku kali ni nak buat review pasal movie english pulak. aku rasa macam banyak pulak aku buat review pasal movie melayu. movie english satu pon takde walaupun aku ada jugak tengok sebelum sebelum ni. cuma takde mood nak dibuat entri. hahaha. sebenarnya malas. cerita ni pon aku tengok sabtu hari tu. itu pon ada orang belanja. kalau tak, takde makna nak tengok movie. sengkek kot. haih JPA ni pon satu. lembab nak mamp betol.

okay okay kita lupakan hal hal kemalasan dan JPA tuh. kita teruskan dengan sinopsis movie ni. movie ni best dan kelakar gila tak ingat. tapi still ada mesej yang nak disampaikan. boleh dikatakan ni movie komedi yang sesuai untuk ditonton bersama keluarga sebab dia menceritakan betapa berharganya keluarga tu berbanding dengan harta yang menggunung tinggi. kalau korang nak tahu full synopsis boleh baca dekat SINI ek.

aku malas nak cerita nanti kang tak best pulak sebab aku memang tak pandai nak menyedapkan cerita. *ceh padahal aku memang malas pon. ada je alasan. hahah* tapi serius cerita ni kelakar. sebab kakak ngan cousin aku gelak gila vavi tak hengat dunia tapi aku ketawa biasa biasa je sampai dorang cakap aku ni ntah apa apa. skema. ala, rilek sudeh. walaupun memang kelakar tapi cool je la kan. aku tak hot tapi aku cool. hahaha. berbaloi jugak nak tengok kat wayang bagi sesiapa yang suka movie yang light light gitteww dan santai. so aku bagi 4 star out of 5. ha, korang rasa cerita ni macam best tak lepas baca entri aku ni? hehehe.

Monday, January 11, 2010

i go....

So long, fare thee well
The dancer and the dancing days have taken leave and fell
So turn down this bed of stone
Quench me with the deadly nightshade from the rose that you belong
The long December rain is falling now
Running down on streets to nowhere
Music is my life – you’re my sweetest nightingale
But I can’t hear it here no more
And I go
I go
Hush now, don’t shake or break
Words have fallen silent like soldiers to the grave
No matter what they do or say
Lay me on the sleepy meadow by the tracks upon your face

congrates aizat dengan komposernya pete teo dan penulis lirik yang aku tak ingat apa nama dia. hahaha. lagu ni lagu pergi tapi english version punya. dicipta dan dinyanyikan sepenuhnya oleh pete teo. boleh tahan gak suara pete teo. sedap. hehe. aku rasa sedap lagi english version punya lirik. deep gittew. hahaha. tapi apa apa pon aku memang suka gila lagu ni tak kesah lah malay or english version. walaupun aku tak minat aizat tapi aku suka gak lagu dia. tahniah lah menang dua kategori walaupun lain lain lagu

*masa nak tengok AJL ni mak aku pon nak tengok raja lawak gak. so terpaksa la tukar time raja lawak tengah iklan. tak dapat tengok aizat perform lagu ni. haih. tapi nasib baik dia menang. so dia boleh lah perform lagi sekali. i loike very much!

Sunday, January 10, 2010

wajah kesayangan hamba

Ingin ku milik kasih
Ayu jelita
Wajah cantik berseri

Sinar cahaya
Sopan santun berbudi

Bergaya sederhana

Halus tutur bahasa

Sungguh mulia

Rambut panjang terurai

Bagai sutera

Hias bunga sekuntum

Tambah jelita

Bibir merah delima

Merdu alun suara

Penambat jiwa nan lara

Rasa bahagia

Pipi pauh dilayang
Alis matanya lentik

Sekali mataku memandang

Hati tertawan

Wajahnya mempersona

Tiada lagi tandingan

Bagai dewi menjelma

Jadi temanku

Datanglah wahai pujaan

Datang padaku

Lukisan wajah kasih

Di ruangan mata

Kalung dirimu sayang

Dengan cinta nan mesra

Wajah kesayangan hamba
Kini ku jumpa


eeh lirik lagu ni macam untuk perempuan je. aku dah lah perempuan tak kan lah wajah kesayangan aku perempuan jugak. nanti orang cakap aku ni lesbian pulak. aku gay lah. gay. sangat sukakan lelaki. gay lah tu kan. hahaha. merepek pulak. kang ada pulak yang panas dengan statement aku ni. i'm sorry. hehehe.

ha, nak tahu wajah wajah kesayangan hamba? ini lah dia. jeng jeng jeng! (untuk melihat gambar pada skala yang lebih besar boleh klik ye)

  • keluarga terchenta,

ni gambar raya 2009. kakak takde sebab bekerja.

inilah kakak. *ni gambar recycle pada entri yang lalu.*

  • sahabat terchenta,
sayang mereka sampai mati.

sahabat suka-duka diUPM. heart them so much.

love you babe!

kita kawan sampai bila bila kan.

inilah wajah wajah kesayangan aku yang tak kan aku lupakan sepanjang hidup aku. kerana mereka boleh terima aku seadanya. yang baik mahupun buruk. terima kasih atas segalanya. lebih lebih lagi kepada famili aku yang dah banyak berkorban untuk membesarkan dan mendidik aku selama ini. ehe. dah macam ucapan orang menang award pulak. oh malam ni AJL. hmm siapalah yang bakal menjadi juara ye. sama sama kita nantikan. eh dah terlari tajuk pulak.

mungkin akan bertambah lagi wajah kesayangan aku selepas ini. *ehem ehem* tapi belum tahu siapalah yang punya gerangan wajah tersebut. tunggu la nanti dapat kad jemputan kahwin aku ye. *dah start menggatal dah ni*

apa apa pon aku sayang wajah wajah ini teramat sangat. kalau aku ada buat salah tolong maafkan. sebab manusia takkan lari dari kesilapan tapi tak bermaksud boleh membuat kesilapan yang sama kan. LOVE UOLLSS!! muahh!

*kita harus sentiasa menghargai setiap insan yang hadir dalam hidup kita supaya kita tak menyesali pemergiannya satu hari nanti.

**terima kasih juga kepada mereka yang pernah hadir dalam hidup aku tak kira kehadiran itu menyakitkan atau pun membahagiakan kerana mereka telah memberikan aku sesuatu yang sungguh berharga dan tidak boleh dibeli iaitu PENGALAMAN hidup. (peh ayat memang tak boleh blah pulak. tapi ini serius)

Friday, January 8, 2010

selamat ulang tahun sayang!

saya sayang aku.


selamat ulang tahun sayang.
kamu sudah 22 tahun.
kamu sudah dewasa.
kamu sudah boleh kahwin walaupun tiada calon.

tapi.
kamu masih keanak-anakan.
masih tidak matang.
masih sambil lewa.
masih tidak serius.

jadi.
kamu kena berubah.
wajib berubah.
tanpa jadi orang lain.
masih diri sendiri.

yang disenangi orang.
yang disayangi orang.
tidak menyakitkan hati.
tidak mengguris hati.

ye.
saya mesti berubah.
wajib berubah menjadi lebih baik.
tanpa jadi orang lain.
masih diri sendiri.

21 muharram 1409H genap 22 tahun aku berdiri dengan gagah, makan dengan penuh selera, bernafas sepuasnya dan menikmati segala keindahan dan kebusukan di muka bumi ini. tapi itu semua adalah pengalaman yang tak dapat di beli. terima kasih Allah. terima kasih emak. terima kasih abah. terima kasih cikgu. terima kasih abang, kakak, adik. terima kasih kawan kawan. terima kasih sayang. terima kasih kerana menjadikan aku seperti hari ini. cinta semuanya!

Wednesday, January 6, 2010

selamat kembali

alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya dapatlah broadband saya berfungsi seperti sediakala tanpa ada sebarang masalah yang dihadapi untuk setakat ini. diharapkan agar keadaan ini akan berterusan sehingga saya menamatkan kontrak dengan maxis bagi membolehkan saya menggunakan broadband lain yang jauh lebih murah.

ini kerana saya sudah tidak tahan untuk membayar bil maxis yang cekik darah. maaf kepada encik ananda krishnan. saya harus berbuat begini demi masa depan. peh. ayat memang tak boleh belah. sangat bersopan santun. ehem ehem. saya memang seorang yang bersopan santun okay. cuma kadang kadang je macam lupa diri. hahahha.

okay, dengan kesihatan berokband aku yang dah pulih seperti sediakala dapat lah aku memulakan penulisan thesis aku yang telah tertangguh. harap harapnya takdelah asyik nak buat benda lagha je kan. fokus, fokus dan fokus untuk mencari segala macam maklumat yang diperlukan. *jangan cakap lebat je bai!*

sekian sahaja entri aku yang merepek lagi meraban ini. maaf kalau aku dah buang masa korang untuk baca entri ini. segala kesulitan amatlah disesali. salam sejahtera dan selamat petang.

*tak sabar nak tunggu P1 wimax cover serdang ngan sg buloh. adeh, gila lambat lah dorang ni.



Tuesday, January 5, 2010

potong! potong!

sah cukup bulan ni je aku potong kau maxis berokband. aku nak carik berok peliharaan baru pulak yang mungkin jauh lebih baik dari kau ataupun lebih kurang hampeh je ngan kau. harapnya better la kan. aku mungkin nak beralih arah pada beruk kepunyaan celcom itu. itu pon mungkin setelah berfikir sebanyak 1o, 20 kali. sebab beroknya wajib dibeli. tak seperti kau yang hanya di sewa.

haih. memang teruk betul lah dorang ni. elok elok sebelum ni kalau lebih limit pon dia slow down je speed. ni sekarang dia dah stop kan terus. kalau nak gak kena beli 1GB for rm 28. pehh gila lah kau kan maxis. nak buat untung lebih je kan. mentang mentang lah kau punye package yang 6GB tu tak laku, kau buat strategi macam ni pulak. kau memang pandai lah ananda krishnan. wa tabik spring lah! heh. hampeh!

so, buat sementara ni aku tak dapat nak online seperti sediakala. ohh. sangat menyedihkan kerana aku tak dapat nak carik information untuk thesis aku ni. ceh, time time ni baru terhegeh hegeh nak buat kan. sebelum ni kau punye berpoye poye main facebook je. hahaha. sebenarnya sedih sebab tak dapat bercinta kat ym ngn facebook. padan muka kau cik peah. tu lah main je kerja. kan dah. kawos! *kawos = padan muka*

hm, lepas ni aku tak tahu lah nak pakai berok apa. siapa siapa boleh bagi cadangan tak? tak kesah lah speed dia tak laju asalkan boleh access internet dengan harga yang sangat berpatutan. heh. ada ke berok macam tu? kalau ada boleh lag promote kat aku kan. mana tahu korang boleh di ambil bekerja sebagai ketua promoter untuk berok itu kan? hahaha. adalah pulak jawatan ketua promoter. entah aku tak tahu.

eeh. sudah lah. banyak pulak aku membebel kat sini. itulah. ini semuanya si berok tu punya pasal. tak pasal pasal aku dah terbebel. okaylah baik aku stop sekarang daripada tak berhenti henti nanti. okay. see ya!

Sunday, January 3, 2010

Edit Photo Contest

woooahh! gila rajin lah pulak aku sejak dua menjak join contest contest ni. yang ni masuk ketiga. eleh takdelah banyak pon. baru tiga kan. apedaa. hmm, takpelah janji ada join. contest dia pon senang. pilih je gambar gambar yang pernah aku edit sebelum ni. nak edit yang baru malas. hahahaha. kau memang tetap malas cik peah. oh sebelum terlupa sesiapa yang nak join boleh melawat INI BLOG. tarikh tutupnya 20102010. peh gila cantiklah tarikh kan. pandai cik rose kita. ala ala tarikh penting gitu. ngehh. ini dia gambarnya yang telah ku edit. jeng..jeng..jeng..


ini gambar tahun lepas. yang tiup bubble tu aku. kira dalam gambar ni aku yang main character. boleh kan macam ni kan cik rose. heheheh. yang dalam bubble tu aku dan kawan terbaik sampai mati. dorang lah kawan susah senang aku sepanjang aku belajar kat uni aku. memang dorang yang terbaik sebab masing masing kepala gila gila macam aku dan boleh terima apa adanya aku. eceh. ayat memang tak boleh blah. tapi serius aku sayang dorang. muaaaaahhh. love uols lah!! ngeeehh. *duit jpa dah masuk jangan lupa belanja aku. hahaha. main main jek*

kehadiran paling dinanti

engkau ku nanti..
saban waktu saban hari..
tak jemu tak berhenti..
tanpa terdetik bosan dihati..

engkau inspirasi..
yang mengisi segenap hati..
untuk meneruskan hidup ini..
tanpa ada lelah dalam diri..

di saat ini..
hanya engkau ku butuhi..
hanya engkau ku ingini..
demi mengusir resah di hati..
akibat hutang piutang mengelilingi diri..

ohh biasiswa untuk siswi..
bila kau mahu menerobos akaunku ini..
yang engkau biarkan bersawang tanpa ada isi..
untuk berpuluh hari..

sesungguhnya teruja ku menanti..
kehadiranmu disisi..
cepatlah kembali..
mendampingi diri ini..

*serius tengah sangap nak duit ni. nak bayar hutang piutang yang memenjara diri. nak beli barang barang peribadi. *shoppinglah* walaupun YES dah takde lagi. banyak benda yang aku dah fikir nak beli ni. (eh dah macam puisi yang aku buat tadi) hihihihihi.

Friday, January 1, 2010

pertama kali

entri ini adalah kesinambungan daripada entri lepas. memandangkan selama ini aku tak pernah ada azam untuk memulakan tahun baru, maka dengan ini saya ingin mengumumkan senarai azam saya pada tahun ini. amacam? ada gaya penyimpan mohor besar raja raja bercakap tak? agak agak boleh ganti pakcik mohor tu tak? haa..nilah azam tahun baru aku yang pertama. nak menggantikan tempat pakcik tu. yela aku tengok dia nak cakap pon macam dah tak larat kan. baik aku bantu dengan menggantikan tempat pakcik tu. kesian dia kan.

hahahah. boleh la pulak nak ganti pakcik tu kan. kalau boleh pon aku taknak lah. tak thrill lah kerja macam tu. takde cabaran langsung. eceh. macam lah kau tu seorang yang suka kan cabaran. buat final year project pon dah merungut rungut bersungut sungut. ini kan pulak nak kerja yang lebih mencabar. citt poodah.

eeh dah melencong ke tempat lain pulak aku ni. haih inilah jadinya kalau orang yang banyak cakap. asalnya nak pergi pasar tapi dia melencong pergi makan mcD dulu pastu pergi ngumpat dekat rumah kak senah barulah pergi pasar. paham tak? tak paham pon buat buat paham jelah ye.

okay kembali kepada tujuan asal setelah puas merapu dan mengarut. hm ini adalah azam tahun baru aku:
  • mahu bergraduasi dengan pointer yang gemilang terbilang dan cemerlang.
  • mahu mengurangkan bercakap supaya tiada lagi orang sakit hati dengan aku. diam itu lebih baik kan.
  • mahu mengurangkan berat badan sekurang kurangnya 5kg dan sebanyak banyak nya 10kg. *macam lah boleh. heh*
  • mahu mengurangkan waktu tidur @ berjaga selepas subuh. *tidur lepas subuh menutup pintu rezeki. semua orang pon tahu kan*
  • mahu belajar masak. *ini sangat penting sebagai persediaan awal untuk berkahwin. ehe*
  • mahu mendapatkan pekerjaan yang boleh menjamin masa depan diri sendiri dan keluarga.
  • mahu mengumpulkan duit untuk membeli barangan idaman seperti kamera slr *lama dah nak beli tapi duit takde* dan juga kereta *walaupun tak berani lagi drive. heh*
  • mahu membuang sifat malas yang teramat sangat supaya kesemua azam di atas dapat dicapai dengan jayanya. yeaaaahhh! *inilah azam terpenting sekali yang perlu dicapai aka main goal*
sekian sahaja azam aku pada tahun ini semoga tercapai segalanya. amiin. tapi apa apa pon kita perlu rajin berusaha. ya RAJIN adalah kata kunci untuk mencapai kejayaan. tanpa kerajinan itu jangan haraplah kita boleh capai segala azam kita. kerajinan tersebutlah membawa kita kepada usaha. ingat tiada kejayaan tanpa usaha. ha, ada macam motivator tak? adeh semua benda pon ko nak jadi cik peah. jadi diri sendiri sudah lah.

*macam biasa, kalau agak agak tak rajin nak baca skrol je sampai bawah. hehehe. apa kejadahlah, baik tak payah baca kan. ha, tak payah bacalah kalau camtu. hahaha.